Saturday 29 December 2012

Salam, alhamdulillah dikurniakan Allah kesihatan yang baik hari ini. Sarapan nasi goreng cencaluk ngan teh sedapnya. Ingatkan nak diet tp bila nampak cencaluk meleleh air liur dibuatnya apalagi terjadilah nasi goreng.
 Ari n i x g mana-mana cuma duduk dirumah menghabiskan masa mengemas apa yang patut. Rutin yang sama setiap hari minggu.
   Nak masak apa untuk makan tengah hari nanti. Nasi goreng masih ada lagi nampaknya masak lambatlah sikit. Klah kita jumpa lagi bye.......
Salam semua, apa khabar? Cuaca ari alhamdulillah nampak cerah tp biasalah panasnya menyengitkan maklumlah lapisan ozon dah menipis angkara kebijaksanaan manusia masakini. Ari  ni lkitorang kat tempat kerja makan pecal beramai-ramai. Setiap seorang bawa bahan yang berlainan, ada yang bawa timun, ada yang bawa tauge dll, banyak juga aku makan. Ha........tau tak apa itu pecal? kalau x tau carilah sendiri ya.
   Balik rumah suamiku tanya mana pecalnya, aku jawab "dah selamat xde baki settle semuanya" kesian dia. Ingat esok hari ahad nak buatkan pecal untuk dialah kesian!!!!!!!!!!!
    Sedang aku berfikir-fikir tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat "skreeeeeeeeeeet................." ingatkan apa  rupa-rupanya sebuah kereta berhenti emergency kerana mengelak dari melanggar seekor cik mon melintas jalan di depan rumahku. Nasib baik xde yang cedera alhamdulillah.

Tuesday 25 December 2012

Berenang

Salam, cuti  hari krismas. Sedang duduk sendirian teringat plak zaman kanak-kanak dulu, masa tu umurku lebih kurang enam tahun. Masa tu tinggal kat kampung lagi, Aku dan kawan-kawan serta sepupuku sedang mandi di sungai. Tiba-tiba salah seorang kawanku mengajak kami mandi di kawasan air terjun.
  Air terjun tu taklah tinggi sangat tp kalau jatuh m...........naya. Aku x pandai berenang jadi mandi kat tepi saja, jealous juga tengok kawan-kawan mandi kat tengah sungai tu. Sepupuku mengajak aku belajar berenang apa lagi aku pun setuju. Mulua-mula tu belajar kat tepi jer lama-lama x sedar dah ketengah apalagi tercungap-cungap menelan air sambil dibawa aurs menghampiri air terjun mujurlah sepupuku ada dan terus menarikku ke  tepi.
  Bila sampai ke tepi aku mula menangis tapi kawan-kawanku mentertawakan aku, kurang asam betul diaorang tu. Ssmpai sekarang keluargaku tidak tahu aku belajar  berenang di tempat air tejun tu. Sedang aku leka melayan lamunanku tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda jatuh, opocot....cot aku terperanjat rupa-rupanya botol jatuh dilanggar kucing.
  Itulah pengalaman pertamaku belajar berenang bila difikir-fikirkan balek seronok juga!!!!!!!!!

Saturday 22 December 2012

kundangan

Salam semua, dah siiap membasuh sekarang nak siap-siap pergi keundangan perkahwinan plak. Nak pakai baju ape? Ada dua rumah nak pegi ni. Pakai jubah warna purplelah. Belum gosok lagi. 
Tak payah masak, ajak anak-anak pergi kenduri sekalli. Harap-harap ari ni x ujan, sekurang-kurangnya sampai baju kering.
Ada sesiapa tahu masak ayam kerutup x? bolehlah share ngan saya. K bye nak gi gosok baju
Ari ni pergi rewang umah kak sal. tengok diorang masak tumis keladi.senang jer masaknya sedap pulak tu tak payah nak celur batang keladi tu masukkan jer dalam tumisan bawang dll tu tak payah taruh air. Sedap............bila makan nak tambah lagi tp malu plak. Lain kali boleh masak sendiri.
   Esok nak g rewang lagi sebab belum salaman lagi pastu nak g kundangan plak . Ujung tahun ni banyak undangan, hujan-hujan  pun kena g jugak kesian diorang dah masak . Mlam tadi ujan punyalah lebat naik takut plak dibuatnya. Nasib baik rumah tak banjir.
   Tahun baru dah nak sampai, umur makin meningkat. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan kuatkan imanku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang amin..........
   Selamat malam semoga tidurmu diuliti mimpi yang indah.

Saturday 15 December 2012

Ahad

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, hari ahad memanglah paling boring. Sarapan dah buat, kemas rumah pun sudah, tengah hari nanti nak masak untuk makan tengah hari plak, sama aje setiap hari boringnya.............tapi nak buat camno dah tugas macam tu buat jelah.

Rasa-rasanya macam nak pergi tempah bajulah. Nanti bila nak g kenduri boleh lah pakai baju baru. Klah nak pergi dulu  bye